Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang memakai T Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans biru dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret di sini pada jam 3.17 petang.
Dia dikawal ketat oleh lebih sepuluh anggota polis bersenjata dibawa ke Mahkamah Majistret dengan tangan digari ke belakang.
Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgilima kereta polis yang lain.
Dalam kejadian 23 Okt lalu, Norazita meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak oleh suspek di Subang Jaya.
Suspek juga melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.
0 comments:
Post a Comment