KUANTAN � Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.
Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.
�Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu,� kata sumber polis kepada Bernama di sini.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.
�Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,� katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment