
Norsidah berkata, beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.
Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari PAS yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.

Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera PAS. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam,� katanya.
Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata polis menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada jam 11 pagi ini.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
0 comments:
Post a Comment