-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAYANG 24 Okt - Ayam yang dijual di Pasar Borong Selayang berkemungkinan haram kerana cara penyembelihan dan pemprosesan ayam tidak mengikuti hukum syarak.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, Afida Zainudin berkata, hukum sah sembelihan haiwan termasuk ayam bukan saja dinilai dari aspek cara ia dipotong (disembelih), tetapi turut membabitkan keseluruhan proses tersebut.
�Malangnya berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis gagal mematuhi aspek kebersihan seperti ayam (yang sudah diproses) diletakkan di atas lantai dan ada yang direndam dalam air darah yang banyak.
�Ini menyebabkan ayam itu tidak boleh dimakan bagi orang Islam kerana cara pemprosesan itu tidak menepati hukum syarak,� katanya kepada media ketika Operasi Potong Ayam, di sini, awal pagi semalam.
Ekoran kejadian itu, dua kad tauliah milik dua orang penyembelih ayam di premis berkenaan ditahan serta-merta manakala seorang lagi gagal menunjukkan kad tauliah penyembelihan.
Operasi bersepadu ini diketuai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan lapan orang pegawai imigresen menjadikan jumlah keseluruhan anggota seramai 56 orang.
Pengarah Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS merangkap ketua operasi, Azmi Ismail berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas tujuh premis seawal jam 3.30 pagi semalam selepas mendapat aduan awam mengenai keraguan dalam penyembelihan ayam.

0 comments:
Post a Comment