Thursday, 14 November 2013

Foto Kebahagiaan Aeril Zafrel bersama Wawa Zainal

Foto Pertama Aeril & Wawa Selepas Kontroversi?

Sekitar bulan lepas, industri hiburan tempatan telah dikejutkan dengan berita perkahwinan yang dirahsiakan oleh pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Namun, setelah kontroversi itu reda, kami rasa ini merupakan foto pertama Aeril dan Wawa bersama dimuatnaik ke laman sosial, semalam.
Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, nampaknya Aeril Zafrel sempat meluangkan masa bersama isterinya yang tersayang. Menerusi foto yang dipaparkan, Wawa Zainal kelihatan jelita berhijab disamping suaminya, Aeril.
Jika diamati foto ini, jelas terpancar sinar kebahagiaan diwajah pasangan ini sejak kontroversi yang melanda diri mereka.
Foto Pertama Aeril & Wawa Selepas Kontroversi?
Melalui perkongsian foto ini, Aeril Zafrel telah menulis caption berbunyi sepetang bersama Wawa Zainal.Foto itu dilihat telah menerima banyak respon positif daripada pengikut laman sosial aktor tersebut.
Sebagai rujukan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telahpun bernikah pada bulan Februari 2012 bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur.
Apa-apa pun, OHBULAN! doakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

0 comments:

Post a Comment