Wednesday, 13 November 2013

Bangla GILA SEKS, Imigresen Temui Alat Perangsang Dan Permainan Seks Di Rumah Kongsi

Bangla GILA SEKS, Imigresen Temui Alat Perangsang Dan Permainan Seks Di Rumah Kongsi
Bangla GILA SEKS, Imigresen Temui Alat Perangsang Dan Permainan Seks Di Rumah Kongsi -KUALA TERENGGANU : Pelbagai alat perangsang dan permainan seks ditemui hasil serbuan pihak berkuasa di rumah kongsi pekerja warga asing di Pusat Pengeluaran Induk dan Baka Benih Udang Laut jenis Specific Pathogen Free (SPF) Kampung Telaga Putat, Setiu, awal pagi kelmarin.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, dengan penemuan pelbagai alat perangsang seks dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu membongkar aktiviti �gelap� penghuni rumah kongsi berkenaan selama ini.
Menurutnya, peralatan itu disimpan dalam kotak dan disorokkan di dalam salah sebuah bilik di rumah kongsi tersebut.
�Hasil siasatan, seorang daripada penghuni itu mengakui kesemua peralatan seks tersebut adalah miliknya dan turut digunakan rakan lain bagi memuaskan nafsu masing- masing,� katanya, semalam.
Mohd Shahrir berkata, walaupun warga asing terbabit mengaku hanya mencari peralatan seks untuk memuaskan nafsu dan tidak melibatkan wanita, namun pihaknya bimbang aktiviti tersebut jika dibiarkan boleh membahayakan gadis tempatan.
�Ini kerana, lokasi rumah kongsi itu begitu hampir dengan kawasan perkampungan dan kita bimbang sekiranya aktiviti songsang ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya terutama kepada anak gadis tempatan di situ.
�Selain itu, kita turut mendapat maklumat aktiviti dan pergerakan pekerja warga asing di sini terlalu bebas dan mereka seolah- olah tidak segan berkeliaran di dalam kawasan kampung,� katanya.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan turut mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dan ketika serbuan, penghuni di rumah kongsi berkenaan sedang lena tidur.
Katanya, walaupun ada di antara warga asing terbabit cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun usaha mereka gagal kerana seluruh kawasan sudah dikepung.
�Hasil serbuan, seramai 14 warga asing iaitu 11 warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia ditahan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen sah dan ada di antaranya tinggal lebih masa.
�Kesemua warga asing berusia antara 23 hingga 38 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama kerana berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah,� katanya. � Webberita | Terkini via Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment