Ipoh: �Kami sekeluarga berdoa setiap hari agar pembunuh adik dapat diberkas, dan hari ini (semalam) doa kami termakbul kerana hari yang ditunggu seluruh keluarga kami tiba juga akhirnya,� kata Norashikin Abu Talib, 39, kakak pegawai AmBank, Norazita, yang maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang pengawal keselamatan di Subang Jaya, Selangor, pada 23 Oktober lalu.
Norashikin berkata, tiada perkataan yang dapat digambarkan bagaimana perasaannya selepas mendapat berita berhubung penahanan pembunuh adiknya itu.
Katanya, suami Norazita, Irwan Kamarudin, menelefonnya pagi semalam bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu dan keluarga mereka tidak sabar menunggu untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku ketika kejadian dan kenapa suspek tergamak menembak mangsa tanpa sebarang provokasi.
�Kami berharap agar pembunuh adik saya itu dihukum dengan hukuman setimpal dengan jenayah dilakukannya.
SUAMI dan anak mangsa tidak dapat menahan kesedihan semasa melihat gambar arwah.
�Malah, jika diberi peluang kami sekeluarga ingin melihat sendiri dengan lebih dekat wajah pembunuh itu, selain berhasrat ingin mengikuti perbicaraan kes itu di mahkamah nanti.
�Adik saya hanya kakitangan di bank berkenaan dan saya tidak fikir dia (mangsa) ada sesuatu yang tidak senang terhadap suspek. Keluarga kami juga ingin mengetahui sebab sebenarnya (kenapa mangsa ditembak),� katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan polis semalam yang menyebut suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan bunuh itu, berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor, awal pagi semalam.
Dalam perkembangan sama, Norashikin yang juga guru di Subang Bestari, Selangor, berkata, dia sudah meminta kedua-dua ibu dan bapanya, Abu Talib Mohd Isa, 75, dan Norsham Abdul Kader, 63, menetap bersamanya kerana tahap kesihatan mereka terutama ibunya, agak membimbangkan selepas kematian Norazita.
Polis semalam mengesahkan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan terbabit di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, pada jam 7 pagi semalam.
0 comments:
Post a Comment