BARU sahaja mula menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kertas Bahasa Melayu 1, kira-kira 25 minit, seorang pelajar perempuan kemudian rebah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Calon SPM itu, Nur Syazwani Ariffin ialah pelajar Sekolah Menengah Agama Saniah di Pasir Puteh, Kelantan pengsan ketika mengambil peperiksaan itu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd Kamal Zainal berkata kematian Nur Syazwani disahkan oleh doktor yang merawatnya sebaik tiba di Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh ketika diberi rawatan di wad kecemasan.
Beliau berkata, pelajar itu terjatuh dari kerusi dan terbaring di atas lantai di dewan peperiksaan ketika kejadian.
�Nur Syazwani diselamatkan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas kemudian ditempatkan di bilik rawatan sekolah berkenaan.
�Mangsa kemudian diasingkan daripada calon peperiksaan lain bagi membolehkan peperiksaan SPM yang bermula hari ini berjalan lancar,� katanya kepada pemberita.
Bapa mangsa, Ariffin Deraman yang berusia 48 tahun seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut turut dimaklumkan pihak pentadbiran sekolah berkenaan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Turut sama menziarahi jenazah Nur Syazwani ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Zawawi Othman, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan) Pasir Puteh Mohd Kait Abdullah dan pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Menurut beliau bapa mangsa turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berhubung kematian anaknya itu pada pukul 11.15 pagi bagi urusan pengebumian dan pendaftaran kematian.
Siasatan awal termasuk pemeriksaan fizikal badan mangsa, polis mendapati tiada sebarang petanda yang menyebabkan kematiannya selain daripada kes kematian mengejut.
Bapa Allahyarham Nur Syazwani, berkata pelajar itu pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada sejak dua minggu lepas.
�Doktor hanya mengesahkan Nur Syazwani mengalami komplikasi gastrik. Namun dalam sehari dua ini beliau didapati sihat dan bersemangat untuk menghadapi hari pertama peperiksaan SPM hari ini.
�Beberapa malam yang lepas dia terus tekun mentelaah dan pagi ini wajahnya dengan ceria sempat mencium tangan saya ketika bersalaman dan meminta saya mendoakan keberkatan bagi membolehkannya menjawab soalan peperiksaan dengan tenang,� katanya. � mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment