Kenaikan tol naik 2014 : Bersiap sedia rakyat Malaysia untuk menghadapi gelombang seterusnya kenaikan tol naik 2014 di Malaysia tidak lama sahaja lagi. Jika anda pernah mengikuti Berita Semasa daripada dahulu lagi, pasti anda masih ingat lagi berita mengenai laporan antara bisnes yang menguntungkan dan lumayan melibatkan taikun-taikun kaya di Malaysia.
Hampir pasti akan terus untung dan untung dan tanpa kerugian yang dijamin oleh kerajaan. Inilah antara bisnes modal untuk penyedia konsesi lebuhraya di Malaysia selama ini. Indah bukan bunyinya? Nah�
Nah�.sekarang ini, akibat dek tidak tertahan dan �tidak mampu� untuk membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit bagi mengelakkan pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia terus mengumumkan naik tol 2014 setiap 3 tahun sekali lebih-lebih lagi melihatkan kewangan negara yang agak tenat ketika ini, akhirnya kerajaan terpaksa �menghalalkan� perbuatan pemegang konsesi tol di Malaysia menaikkan kadar tol naik 2014 tidak lama sahaja lagi yang akhirnya bakal ditanggung oleh anda-anda di sini�
Semak Senarai Kenaikan Tol Naik 2014 di Malaysia?
Antara senarai tol yang terlibat dengan kenaikan kadar tol kali ini :
- Tol Lebuhraya BESRAYA
- Tol Lebuhraya NPE
- Tol Lebuhraya LDP
- Tol Lebuhraya AKLEH
- Tol Lebuhraya BORR
- Tol Lebuhraya SILK
- Tol Lebuhraya MEX
- Tol Lebuhraya LEKAS
- Tol Lebuhraya SDE
- Tol Lebuhraya SPRINT
- Tol Lebuhraya SKVE
- Tol Lebuhraya SMART
- Tol Lebuhraya GCE
Jadi apa alasan yang telah diberikan kerajaan bagi menghalalkan tindakan kenaikan tol naik 2014 kali ini menyertai bersama bahang kehangatan kenaikan harga yang lain. Skrip telah disediakan, tetapi persoalannya adakah alasan yang diberikan boleh diterima atau tidak oleh rakyat Malaysia?
�If we do not raise the rates, there will be financial implications to the government could gain more than RM400 milion in unpaid compensation, which could be used to fund infrastructure projects in rural areas as well as to upgrade federal roads�
Benarkah? Kami pulangkan persoalan ini untuk dijawab oleh anda di ruangan komen di bawah ini.
Apabila berlakunya kenaikan tol naik selepas ini, semestinya tambang tiket bas pun akan turut naik sama. Dan tidak lupa juga harga barang di Malaysia yang akan turut terkesan dek kerana kos pengangkutan barangan telah melonjak naik yang mana akhirnya bebannya akan dipulangkan kepada anda, anda di sini. Apa pandangan anda pula dengan berita kenaikan tol naik 2014 kali ini?
- See more at: http://nasijanda.blogspot.com/2013/12/tol-naik-2014.html#sthash.V1VWBMgK.dpuf
0 comments:
Post a Comment