Tuesday 26 November 2013

Kisah Benar - Mayat Balik Ke Rumah


SEWAKTU kecil-kecil dahulu, apabila menjelang sahaja 15 Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutamanya di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.
Selain membangkitkan mood raya yang bakal menjelang, pemasangan pelita, jamung mahupun panjut di sesetengah kawasan dikatakan sebagai meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan.
�Apa yang saya dengar daripada cerita orang tua-tua, apabila tiba sahaja bulan Ramadan, semua roh umat Islam akan berkumpul di Luh Mahfuz.
�Roh-roh ini akan memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke dunia namun tidak semuanya mendapat peluang tersebut. Roh yang baik, yang banyak amalan semasa hayatnya, dikatakan dibenarkan pulang manakala roh yang kurang amalan tidak dibenarkan kembali ke dunia.
�Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka. Kerana itu jugalah, pada bulan puasa, masyarakat Melayu lebih rajin membersihkan kubur.
�Malah, pada bulan ini jugalah ramai yang mengambil kesempatan menukar batu nisan, mengecat kepok kubur dan memasang kain putih pada kepala nisan.
�Perkara kedua yang dilakukan, mereka dikatakan akan pulang ke rumah pusaka, rumah anak-anak dan rumah orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
�Kerana hal ini, rumah-rumah dihias cantik dan banyak majlis tahlil dilakukan sebagai simbol hadiah untuk roh yang pulang.
�Perkara ini akan berlanjutan sehingga malam 1 Syawal di mana roh-roh akan meninggalkan dunia dan kembali ke Luh Mahfuz sambil membawa amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya,� cerita seorang anak jati Batu Pahat, Johor, Abdul Rahim Sarbani, 56.
Biarpun tidak mengetahui kesahihan di sebalik cerita lisan pada bulan Ramadan itu, bapa kepada enam anak ini tetap memasang pelita, membersihkan kubur dan menghadiahkan bacaan tahlil kepada arwah ibu dan bapanya.
Dinding

PELITA yang dipasang untuk membangkitkan kemeriahan Syawal diharuskan asalkan tujuannya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. - Gambar Hiasan


�Saya tidak pasti sama ada betul atau tidak roh-roh ini balik ke rumah. Apa yang saya lakukan bukanlah semata-mata untuk meraikan kepulangan mereka, sebaliknya sekadar membangkitkan kemeriahan Ramadan dan menyambut Syawal yang bakal menjelma.
�Lagipun dalam bulan puasa kita dituntut menggandakan amalan, baik untuk diri sendiri apatah lagi untuk roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia,�katanya.
Menjawab persoalan ini, ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.
Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.
�Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.
�Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.
�Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,� ujarnya.

0 comments:

Post a Comment